6 Tanda Kekasih Curang..


# Curang Itu Keji #





Salam semua.....




Hai..selamat malam...hoho..Erm..hari ini miyoo terbaca satu Book pasal cinta la...hehe bukan miyoo nak  couple..just baca ticps ..jew..hehe macam macam la miyo merapu ni..kan ..hoho..ok la miyo sebenarnya terbaca 1 Tajuk ni...Mesti hangat bila bercinta ..jen..jen Tajuk nya.."6 Tanda Kekasih Curang" owh tu la..tajuk nya..ok miyoo tak nak cakap banyak jom baca....miyo hanya berkongsi..jew harap kau orang suka yeap...


Sikap Yang Tiba-Tiba Berubah

Mungkin anda perasan sikapnya yang agak dingin atau ‘acuh tak acuh’ terhadap anda. Kalau dulu rajin sms, mungkin sekarang, sms pun dah jarang. Kalau sms pun, gaya bahasanya berlainan. Mungkin tak semesra dulu. Kini, anda pula yang sering sms si dia. Nak tunggu si diareply, oh lambatnya.

 Suaranya Berubah

Selalunya bicaranya lembut dan manja. Tapi mungkin anda perasan tutur katanya, ton suaranya, tak seperti dulu.

Tidak Berminat

Dia seolah-olah tidak berminat dengan anda. Tidak berminat dengan aktiviti yang anda lakukan, tidak berminat untuk berjumpa dan keluar dengan anda. Sebenarnya, dia sedang menjauhkan dirinya dari anda.

 Menjadikan Isu Kecil Menjadi Masalah Yang Besar

Orang yang ingin beralih arah dalam percintaan biasanya menjadikan isu-isu kecil dalam perhubungan sebagai isu atau masalah yang besar. Kenapa? Mungkin kerana ia ingin menjadikan isu itu kononnya sebagai alasan mengapa dia mahu putuskan hubungan dengan anda, walhal bukanlah sebesar mana permasalahannya.

 Sensitif dan sering marah-marah

Entah kenapa agaknya, apa saja yang anda buat, mengundang kemarahannya. Pendek kata, ada saja yang tak betul di matanya. Ye lah, orang dah tak sayang. Memanglah macam tu.

Alasan Yang Tak Munasabah

Dia mungkin berterus terang, bahawa dia tidak ingin meneruskan hubungan percintaan. Walau apa pun alasannya, biasanya dia tidak akan jujur dengan anda bahawa dia sedang mencintai orang lain. Jika antara alasan yang diberikan agak tidak munasabah seperti “mungkin bukan jodoh kita”, “awak terlalu baik untuk saya”, nasihat saya, berhati-hatilah, anda mungkin ditipu oleh dirinya yang curang!


 Walau pe pun kita mesti ada sifat sayangi jodoh kita tau..ingat..jangan kita curang tau..berdosa..mesti ade sifat kasih sayang..dan saling mencintai...cehwahh..miyoo dah mcam doktor cinta laa...haha...kalau kau orang nak tau banyak lagi jom klick sini yeap..peace..!!!!