Jumaat Itu Penghulu Segala Hari !!




Click SINI Untuk tengok dengan lebih jelas..

 







Salam semua...dan Salam Jumaat..




Hye...Ermmm..baki tinggal 4 hari lagi...hoho...harap..ada cahaya..dalam semua ini...amin...Apa khabar sahabat blogger yang miyoo sayang..hehe?? Harap dalam sihat waalfiat...Ermm hari ini..hari JUmaat..Hari jumaat hari penghulu segala hari...so ..hari jumaat itu banyak keistimewaan nya...




Disamping itu juga ..hari jumaat juga lah..berlakunya..Hari Kiamat.....kan...Erm...tapi Hari jumaat ini..kaum adam di wajibkan ..pergi solat Jumaat..tiada excuse atau cuti...NO WEi....Solat itu Wajib tau..dalam islam...Walau sakit ..sekali tetap kenal..solat kan...!!...Selain itu ..solat ..juga jalan kita untuk menuju kejayaan...especially..for student..la..ramai yang berjaya..kan..rahsianya..ialah solat 5 waktu itu wajib cukupi..dan di tambahkan solat hajat, solat sunat dan sebagai..




Selain itu..Hari jumaat banyak keistimewaan nya....kalau kau nak tau ..click SINI dulu..=)



Kelebihan Hari Jumaat

Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu 

  • Allah ciptakan Adam , 
  • Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
  • Allah mematikan Nabi Adam, 
  • Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. 
  •   Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.


( Riwayat Hadis Muslim)Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Kelebihan Solat Jumaat

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

Malaikat Turun ke Bumi

Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.

Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: 

“Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

Itu saje Yang Miyoo..dapat kongsi kan info dengan kau orang..dapat memberi kesan yeap..nak tau lebih lagi click sini , dan sini
..
ok la..creadit la...kat miyoo cikit jom tekan sini ,sini,sini ,sini dan sini yeap...peace..sayang kau orang..