- Waktu-Waktu Berdoa Yang Digalakkan Dalam !slam -







Salam semua..Hye !! Apa Khabar kau orang.....??


Hari ini miyoo ingin postkan Entry yang terbaru iaitu berkaitan dengan Berdoa  didalam islam ni kan mesty digalakkan berdoa..tau supaya orang kata kita sentiasa memohon hidayah atau pertunjuk dari Allah swt..betullkan..hehe nak berdoa pun mesty ada waktunya ..kan hehe..ok ler oleh itu ler miyoo nak post kan entry berkaitan dengan post ni..supaya umat islam tau dan waktu ,.yang afdal bagi berdoa jomm..baca..



Allah S.W.T. telah mengkhususkan beberapa masa di mana pada waktu itu manusia begitu hampir dengan rahmat Allah S.W.T. dan kurnia-Nya. Pada masa-masa ini, manusia begitu dekat dengan Allah S.W.T. , di mana pintu-pintu langit terbuka dan doa-doa diterima. Antaranya ada 10 masa sepertimana yang dapat dihimpunkan daripada hadith-hadith Nabi S.A.W., iaitu; 



1. Masa daripada gelincir matahari pada hari Jumaat sehingga terbenamnya matahari. Yakni antara selepas masuknya waktu zohor hari Jumaat sehingga masuknya waktu maghrib. Ini berlaku hanya seminggu sekali. 

2. Masa ketika dinihari, iaitu satu pertiga malam yang akhir, atau waktu suhur sebelum masuk waktu fajar. Yakni antara pukul 2/3 pagi sehingga pukul 5/6 pagi lebih kurangnya. 

3. Masa sujud, sama ada dalam solat fardhu mahupun solat sunat. 

4. Masa selepas azan berkumandang, iaitu antara azan dan iqamah. 

5. Masa selepas setiap solat fardhu. 

6. Masa orang yang berpuasa berbuka puasa. 

7. Masa turunnya hujan. 

8. Masa berlakunya peperangan fisabilillah. Ini jarang-jarang berlaku. 

9. Masa malam Lailatul Qadar. Ini berlaku hanya setahun sekali, iaitu dalam bulan Ramadhan. 

10. Masa hari Arafah, yakni ketika jemaah haji berwuquf di sana pada 9 Zulhijjah. Ini juga berlaku setahun sekali. Mengikut pendapat (berdasarkan hadith-hadith), masa mustajab berkenaan adalah mengikut jemaah haji berwuquf di Arafah, walaupun kiraan hisab dalam taqwim tempatan kita masih menunjukkan 8 Zulhijjah.