16 Kebaikan Solat Dalam Sujud !









Hye..You All..? Erm..miss u all..hehe miyo ni ada ada jew..hehe tau ..Ermm ni miyo borink la...ermm.....tak tau nak buat ape..? hehe..Ermm kalau kau orang apa miyo patut buat erk..? Hehe..ok..la..Today miyo nak post kan entry pasal...Solat ..so..kalau u all..solat mesty tenang...dan diredhai oleh Allah swt...so..miyo tak mau cakap panjang lebar..miyoo just nak cakap...solat ...banyak memberi kesihatan kepada..kita wahai umat islam....maksud miyo ialah ketika kita bersujud..ketika solat so..banyak impact..tentang ..kesihatan....kalau u all..nak tau lebih detail ...jom baca..yang penting...jangan..la malas nak solat.

Kau orang tau kan..solat tu tiang agama kita..hehe Eh miyoo dah terlebih dah la..cakap..macam ustaz plok..opss sory...ok u all dengan segala hormatnya..di jemput baca :D...

Pakar.. sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.


1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling 
    baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

7. Meringankan bahagian pelvis.

8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun              daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).

13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.

15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.


Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam. Wallahu a’lam.