Jom Cegah Penyakit Jatung! Click sini dan sini |
Salam..Semua...
Hye..sahabat sekalian...apa.khabar...Ermm..baki saje tinggal 1 hari..erm..risau..la..ehehe..apa pun..good luck yang lain ...hehe..ok miyoo hari ni..nak post kan eNtry pasal kesihatan..cehwaaahh miyoo nak jadi doktor ke..hoho..tak la...saje jew nak kongsi ilmu...!..ok tajuknya..Tanda-Tanda Awal Masalah Sakit Jantung?..Semua orang tak nak kan sakit jatung?? So , jaga kesihatan tau..hoho..
Tanpa...miyo merapu..tak faedah ..baik....kau baca ni...hehe ok jom baca..let's go...Zoooommm...click sini..satu..ok tq..
1. Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit – berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, Injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.
2. Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan – Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)
3. Lidah terasa tegang dan pendek.
4. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.
5. Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) – biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.
6. Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang
7. Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih.
8. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.
9. Rasa kepala berpusing tidak seimbang.
10. Rasa keletihan sepanjang masa.
11. Rasa meloya dan tidak ada selera makan.
12. Degupan jantung tidak menentu.
13. Nafas terasa pendek.
14. Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.
15. Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.
16. Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.