JANGAN TAKUT UNTUK MENGHADAPI KEGAGALAN.





Jangan Takut Tau !!


Salam u all...haha lawak gila ..la mentor tv3 macam macam kerenah la...kalau nak jadi penyanyikan..haha meme lawak..ada tu yang nangis,merayu beri peluang 1 lagi..alahai mak oii...tolong la...u all kalau bakat dah tak ada ..jangan la paksa..k..Hey..u all bukan miyoo nak post pasal Mentor k..sory tak minat sama sekali hahah...Miyo hari ini nak post kan entry 'Jangan Takut Untuk Menghadapi Kegagalan'..miyoo tau ramai orang takut sangat untuk menghadapi especially ..for student ..kan ..kalu exam la..meme semua nak Terbaek..la..haha..tu la.miyo pon zaman sekoloh ..meme pucat ..gila kalau nak exam haha..maklumlah tak preparation..haha orang laki..rilex cool..haha ...tak macam orang perempuan ..rajin gila....Tambahan pula group girl la selalu..duduk rangking 1 ..cehwahh..ok x mau nak post panjang panjang ..jom baca bawah ..ade cikt tip..jom terjah...ZOoooom....


Tahukah anda bahawa orang yang sentiasa ingin berjaya itu tidak akan takut untuk menghadapi kegagalan. Mereka akan terus mencuba berkali-kali sehingga mencapai kejayaan yang diinginkan.



Kita jangan sekali-kali takut mencuba kerana:



  • Jika tidak mencuba, kita tidak akan tahu kebolehan kita.
  • Jika gagal setelah mencuba, anggaplah cubaan dan kegagalan itu sebagai satu pengalaman baru untuk kita bertemu dengan kejayaan.
  • Cubaan yang dilakukan dan kegagalan yang dialami akan mendedahkan kita kepada tindakan yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan.




Kejayaan jarang diukur dengan taraf pencapaian seseorang dalam hidupnya. sebaliknya diukur dengan halangan-halangan yang diatasi dalam percubaan ke arah kejayaan.


Kita hendaklah mencuba dan terus mencuba.

  • Jangan menganggap kegagalan kali pertama sebagai kegagalan untuk selama-lamanya.
  • Fikirkan strategi baru dan jadikan strategi lama sebagai panduan.
  • Tanamkan dalam hati bahawa kita perlu berusaha lebih sedikit lagi untuk mencapai kejayaan.
  • Kuatkan keazaman dan tekad agar percubaan kedua ini menemui kejayaan.
  • Selalu bertanya pada diri " Jika orang lain boleh, mengapa pula aku tidak?"




Tiada manusia yang Berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.