kebesaRan ayat suci al - quRan




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Kali ini miyoo ingin kongsikan tafsir surah Al-Insyirah, surah ke-94 dalam Al-Quran. Surah ini disarankan kepada semua pengguna mindatif plus untuk dibaca sebelum atau semasa mengambil atau makan produk ini. Berikut adalah tafsir surah:
*************
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
2. dan Kami telah meringankan bebanmu daripadamu:(menyiarkan Islam) -
3. Yang memberati tanggunganmu,
4. dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu.
5. Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6. Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
7. Maka apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),
8. dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini).
*************
Hadis Nabi S.A.W dari  Abu Hurairah ra. berkata , Rusulullah S.A.W bersabda:
“Pertolongan dari Allah diturunkan dari langit menurut kadar beban keperluan dan turunlah kesabaran menurut kadar ujian musibah. Jika engkau telah selesai dari urusan duniamu maka tegakkan dirimu untuk melakukan ibadah dan kepada Rahmat Tuhanmu sajalah engkau tetap berharap.”
**************
Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, dari tafsir dan hadis Nabi S.A.W membuktikan bahawa surah ini diturunkan untuk mengajar manusia bahawa setiap cubaan atau ujian pasti ada kelapangan atau jalan keluar. Dan hanya kepada Allah S.W.T sahajalah kita perlu memohon pertolongan. Dan Allah S.W.T menurunkan beban kepada hambaNya mengikut tingkat amal mereka dan sesuai dengan kesanggupan hambaNya.
Disini saya ingin menambah pengajaran dari surah al-inyirah yang turut sama di kongsi oleh saudara kita safiyyah_hatim dalam artikel beliau di iluvislam.com.
Daripada ayat dan tafsir di atas, dapatlah kita mengambil beberapa pengajaran iaitu:
1) Allah itu Maha Adil, tidak sesekali Dia meletakkan sesuatu ujian di luar kemampuan makhluknya, seperti mana dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah (2:286). Ayat ini disokong dengan ayat keenam Surah Al-Insyirah di mana kesusahan akan disertai kemudahan.
2) Allah mengajar makhluknya bersabar dan yang paling penting percaya dengan janji Allah. Cuba sahabat bayangkan, andai kata kita tidak yakin bahawa kemudahan pasti datang selepas kesusahan pasti kita akan cepat melenting dan bertindak di luar batasan apabila kita diuji dengan ujian yang berat. Maka, dengan adanya janji Allah ini kita mampu membentuk diri menjadi insan yang redha dengan ujian yang menimpa.
3) Ayat ketujuh surah ini mengajar kita untuk bersifat sistematik. Subhanallah, betapa Islam itu agama yang memberi panduan untuk penganutnya bukan hanya perintah untuk melakukan ibadah semata-mata. Ini menunjukkan betapa syumulnya (sempurna) Islam. Ilmu pengurusan yang boleh dipelajari dari ayat ini ialah; kita perlu menyenaraikan kerja kita dan melaksanakannya mengikut keutamaan. Apabila selesai satu kerja, barulah kita melakukan kerja yang seterusnya.
4) Allah menyeru kita bersungguh dalam melakukan amal soleh. Ya, bersungguh-sungguh. Inilah masanya untuk kita bermuhasabah. Saya mengingatkan diri sendiri juga untuk turut mengubah diri supaya lebih bersungguh-sungguh dalam pekerjaan. Kadangkala memang kita sudah siapkan sesuatu kerja, tapi adakah cukup usaha yang kita curahkan? Betulkah cara kita menyiapkan kerja? Adakah unsur leka dan lalai di dalamnya? Sama-samalah kita renungkan…
5) Akhir sekali ayat ini menyeru agar kita memohon kepada Allah untuk mendapatkan perkara yang kita inginkan. Satu perkara yang saya terfikir; kaitan antara ayat 7 dan 8. Kaitan antara usaha yang bersungguh-sungguh dengan amalan berdoa. Ini menunjukkan bahawa tiada jalan pintas untuk kejayaan, ia perlu dirintis dengan usaha yang mantap dan akhirnya barulah kita berdoa dan bertawakal kepada-Nya.

Kesusahan atau penderitaan merupakan ujian Allah kepada hambaNya sebagaimana Firman Allah  dalam surah al-Baqarah: 155 yang bermaksud:
“Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sidikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.”
****
Usaha dan Tawakkal..
Sahabat-sahabat sekalian, kita tidak boleh lari dari pelbagai masalah. Namun kita perlu percaya bahawa setiap masalah ada jalan keluarnya, insyaAllah.
Antara masalah yang dihadapi oleh ibu bapa; masalah anak meragam, nakal, malas ke sekolah, malas membaca buku, malas ulang kaji pelajaran dan lain-lain. Manakala masalah bagi seorang pelajar; sukar menumpukan perhatian atau fokus dalam kelas, sukar menghafal atau mengingat, mudah mengantuk ketika belajar dan sebagainya.
Produk mindatif diperkenalkan berkhasiat untuk merawat dan membantu mereka yang bermasalah seperti diatas merupakan usaha dan ikhtiar kami hasil ilmu yang Allah berikan sehingga berhasilnya penghasilan produk ini. Namun disini, saya bukan ingin menyatakan bahawa produk ini 100% akan berkesan kerana saya dan penjual produk ini turut berserah dan bertawakkal kepada Allah S.W.T agar semua pengguna produk ini mendapat manfaat yang terbaik kepada mereka.
Selain kami sebagai penjual, kami juga menyarankan ibu pada, pelajar dan sesiapa sahaja yang mengambil produk ini supaya membaca surah al-insyirah dan selawat 3X. Pengambilan produk homepati ini merupakan asbab dan usaha kita untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dan akhir sekali kita berserah dan tawakkal kepada Allah S.W.T setiap kali kita ingin makan produk ini.
Semoga usaha, ikhtiar dan tawakkal kita menggunakan produk ini diberkati Allah S.W.T dan diberikan khasiat yang baik kepada semua pengguna produk mindatif plus ini. InsyaAllah..